Majlis Penasihat Syariah Md Hashim Yahaya

Pada 7 September 2010, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Md Hashim sebagai ahli Majlis Penasihat Syariahnya (MPS). Majlis itu akan menentukan prinsip Syariah dalam pasaran modal di Malaysia. Pelantikan 11 anggota MPS ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan pindaan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang berkuatkuasa pada 1 April 2010. Selain beliau ialah Tun Abdul Hamid Mohamad (mantan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan); Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman (Penasihat Perundangan Syariah, Pejabat Peguam Negara); Datuk Dr. Abdul Halim Ismail (Pengarah Eksekutif, BIMB Securities Sdn. Bhd.); Dr Mohd Daud Bakar (Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Amanie Business Solutions Sdn. Bhd.); Prof Madya Dr.Shamsiah Mohamad (Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya); Prof Mohammad Hashim Kamali (Pengerusi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Lanjutan Malaysia); Prof Dr H. Fathurrahman Djamil (Naib Pengerusi Majlis Ulama Suruhanjaya Fatwa Indonesia); Penolong Prof Dr Aznan Hasan (Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA Malaysia); Ahmad Suhaimi Yahya (Ketua Pegawai dan Ketua Wilayah Syariah, Kuwait Finance House (M) Bhd.); dan, Rafe Haneef (Pengarah Urusan, Global Markets, HSBC Amanah).[7]